Assalamualaikum wr.wbt...
Persatuan Generasi Anak Malaysia, Selangor atau nama singkatannya PGAM telah ditubuhkan pada 18 Jun 2009.
OBJEKTIF PERSATUAN
- Menjalankan program-program sosial dan riadah bagi memelihara dan memperkukuhkan sistem sosial di kalangan ahli.
- Menjalankan aktiviti-aktiviti sosial dan kebajikan yang dapat memberi kebaikan kepada ahli-ahli persatuan.
- Memupuk semangat perpaduan, kemesraan, keharmonian, dan toleransi serta mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan ahli.
MOTO PERSATUAN
- Mengandungi 4M iaitu:
Memakmurkan, Memuliakan, Memajukan dan Mendisiplinkan.
KEAHLIAN
- Terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas yang berminat memajukan objektif persatuan.
- Pemohon tidak terlibat dengan kes jenayah.


0 ulasan:
Post a Comment